Ok.. tengok pada tajuk pun dah tahu mengenai apa kan??? haha.. kalau yang belum tahu atau yang memang tidak pernah tahu apa itu PIKOM PC Fair… ni lah masa nya untuk anda-anda semua tahu…. zaman sekarang kalau tidak celik it nanti senang di perkotak katik kan..ahakss…

Baiklah PIKOM PC Fair ini hanya di adakan pada tahun tertentu sahaja mengikut jadual promosi syarikat-syarikat komputer seluruh malaysia.. Ianya bertujuan untuk mempromosikan produk-produk terbaru dan juga harga yang di tawarkan sangat lah berpatutan.. kalau kita pandai tawar menawar.. boleh dapat dalam 60% dari harga sebenar… haha… kalau harga tu rm10 , pandai tawar dapatlah dalam RM6 …tapi ikut pada syarikat komputer berkenaan laa..kalau yang memang tidak boleh langsung nak tawar menawar… lompat je ke kedai lain..ahakss…

Ok pada tahun 2011 ini ada beberapa destinasi PIKOM PC Fair kali ini.. antaranya :

Masuk adalah percuma.. kalau ada yang berbayar tu.. mungkin toilet lah kut..haha…

Jadi untuk bulan jun ni yang tinggal cuma di MITC, Melaka.. Pergilah beramai-ramai dengan family, teman-teman atau buah hati pengarang pisang korang semua ke PIKOM PC Fair ini ok.. Rebutlah peluang untuk merembat produk-produk komputer yang ada di sana selagi stok masih adaaaa……

Review By RazexBlog.Wordpress.com

Advertisements

Baiklah artikel kali ini nak membincangkan berkaitan dengan wireless networking device . Wireless device yang nak di jadikan isu ialah Wireless N 150 USB Adapter. Ok..tentu anda semua tertanya-tanya kenapa razexblog membuat review berkaitan benda ni??? Hehe relaks… sebabnya ialah razex ada wireless device ini dan sudah menggunakannya jadi razex nak anda semua tahu apa yang hebat sangat dengan wireless device networking ini… urmm nak kata hebat ,tidaklah sangat  oleh kerana harga dia amat murah..dalam 50 ringgit Malaysia sahaja… jadi apa kelebihan yang peranti wireless ini ada??? Hehe.. nak tahu?? Ok baca ini..


1)      Menambah jarak penerimaan signal antara router/modem anda ke PC atau laptop  dan ianya menyokong Wireless G Devices..dimana kebanyakan router yang agak lama menggunakan G wireless untuk mengambil signal dari peranti wireless.. Jadi peranti Wireless N 150 USB ini menyokong N & G devices.

2)      Amat mudah untuk setup Wireless N 150 USB Adapter  kerana ianya dibekalkan dengan Quick Adapter  Setup  Installation Wizard CD-ROM ..jadi dengan sekali klik dah siap… dan yang paling best nya korang hanya perlu setting sekali sahaja di wireless setting lepas itu, mainlah internet puas-puas sampai lebam ..ahakss. 😉

 3)      Ianya juga di bekalkan dengan stand device , dimana anda boleh meletakkan Wireless N 150 USB Adapter  korang di atasnya.. dan ini membolehkan signal di antara router/modem ke adapter wireless menjadi lebih stabil..WOW! menarik bukan?..hehe


 Jadi kepada device wireless laptop korang dah rosak itu, boleh lah tinjau-tinjau adapater wireless ini dan dapatkan nya kerana (sila rujuk pada 1,2,3 di atas) hehe…

Bukti menyatakan razex dah menggunakannya… 😉 :

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jadi kepada sesiapa yang teringin nak beli selepas membaca artikel ini boleh lah beli segera ok… 😉

Review by RazexBlogWordpress.com


Review PC Games
The fable 3 http://www.youtube.com/watch?v=lpR2Uy2VLMc

Baiklah.. review untuk kali ini berkaitan dengan permainan pc games terbaru iaitu the fable 3. Seperti yang di ketahui, sebelum mengeluarkan review ini.. razex telah mencuba untuk merasai sendiri pengalaman ketika bermain game ini… hasil muat turun pc games secara percuma melalui internet..tetap razex syorkan supaya belilah yang original kerana..yang original mempunyai banyak kelebihan dan senang mendapatkan support dari website pembangun pc games ini. Jadi jika anda kaya raya beli lah game yang original atau jika anda macam saya.. gunalah medium internet yang ada sekarang ini..ahakss

Ok..kita teruskan dengan review pc games the fable 3 ini… jika anda pernah bermain the fable 2, tentu anda pernah merasai jalan cerita games ini bukan???.. apa yang boleh razex katakan… the fable 2 mungkin mempunyai grafik yang agak baik dan tidak terlalu static. Watak-watak yang ada di fable 3 ini di katakan ada yang kelakar.. serta Opening CGI pun memang kelakar berkaitan dengan seeokor ayam yang cuba melarikan diri dan cuba terbang seperti burung dari kena sembelih oleh tuannya untuk di buat ayam goreng..hehehe…

Razex ringkaskan sedikit, dari segi keperluan grafik tidak memerlukan graphic card serta requirement pc system yang tinggi, cuma pada aras pertengahan sahaja(medium) level… tetapi kalau boleh belilah graphic card yang sesuai dengan performance pc anda supaya kepuasan bermain berada di tahap maksima. Ok..ok..ok… kita sambung kembali… dari segi fight action ianya mengambil kawalan dari mouse untuk berlawan dengan musuh, dan banyak quest yang perlu di lakukan..dan kadang-kadang boleh mengakibatkan kebosanan melanda jiwa raga .hehe … overall apa yang razex boleh katakan, game the fable 3 ini sesuai untuk golong kanak-kanak sehingga pertengahan dewasa dan sesuai untuk peminat-peminat the fable khususnya…

Rating yang di berikan dalam 8.0 star dari 10.0 star.

Sedikit screenshot :
null

null

Jika anda belum mencuba game ini , lekas-lekas membelinya atau boleh dapatkan secara percuma melalui internet atau pun boleh dapatkan dari rakan anda yang tidak kedekut .. 😉

Review by RazexBlog.WordPress.com


 

 

 

 

Okay… artikel kali ini berkaitan sms gateway juga iaitu gammu, cuma kali ini nak memberitahu sedikit panduan berkaitan command-command yang ada di dalam gammu ini..   kalau kita rajin selidik di dalam manual gammu kita akan menjumpai mempunyai command untuk mendapatkan semua maklumat berkaitan dengan dialed calls, missed calls, Receiving calls, phonebook contact number dan banyak lagi ..

Kurang faham??? Haha.. ok macam nie… Cuma tengok di handphone anda di option calls.. mesti ada yang macam razex sebutkan tadi kan?

Jadi cuma kali ini semua tu akan terpapar melalui web based korang..So senang nak uruskan dan boleh juga membuat backup dan restore fail-fail tersebut.

Lihat gambar di bawah ni.. di ambil melalui Phonebook Contact.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ok..dah tengok dah??? Masih belum terang dan jelas?? Kena cuba dulu…baru tahu hasil dia kan. apa yang kita perlu lakukan untuk memaparkan fail-fail ini? Dah semestinya kena ada gammu yang sudah di aktifkan, kemudian

Gunakkan command ini :

Gammu –getallmemory [  ]

 

Di mana  [ ] merupakan List seperti di bawah ini :

DC = Dialled calls
MC = Missed calls
RC = Received calls
ON = Own numbers
VM = voice mailbox
SM = SIM phonebook
ME = phone internal phonebook
FD = fixed dialling
SL = sent SMS log

Jadi katakan kita mahu keluarkan Dialled calls jadi taip:

Gammu –getallmemory DC 

Begitu lah caranya…  ooops.. terlupa bagaimana pulak kita nak backup

phonebook kita yang berada dalam handphone ke dalam computer?

Senang sahaja gunakan command berikut

Gammu backup akupunya_backupcontact.vcf   -yes

Dan buka contact yang telah di backup tadi dengan mengunakan text editor  http://www.textpad.com/   dan simpanlah backup korang tu di dalam portable HDD korang .. mana tahu tiba-tiba handphone jatuh longkang ke ,atau kena curi ke ada juga backupnya kan…ahakss… 😉

Kalau nak restore balik guna cara yang sama hanya gunakan command ini :

Gammu restore akupunya_backupcontact.vcf   -yes

Lepas  itu ??? Tengok  di dalam phonebook anda dah ada balik list phonebook korang yang lama itu dan boleh lah calling geng-geng lama yang dah berkurun tidak dihubungi… …  😉



Ok. baiklah.. posting kali akan memberi kan pautan untuk korang yang tengah belajar visual basic – visual programming ini lah sebahagian latihan yang akan korang jalani nanti…jadi buat sesiapa yang nak tambah ilmu pengetahuan atau nak tahu apa itu visual basic ..ini dia Latihan visual basic 6.0 dalam bentuk winrar dan korang leh download kemudian boleh berlatih sendiri ok…Sharing Ilmu membawa kebaikan….


Antara list latihan yang ada dalam fail ini seperti berikut :

 

 

 

 

 

 

 

 


Download link –

http://www.mediafire.com/?kenenednsdl38mn
password : razexblog.wordpress.com

kalau anda semua dah mahir anda boleh buat satu program contoh macam ni –

Program Calculator

Download link –
http://www.mediafire.com/?yugm9bh0lakbbda

password : razexblog.wordpress.com


Segala latihan dalam fail tersebut di buat oleh razexblog.wordpress.com. Jadi.. sebarang copypaste hendaklah meletakkan kredit link ke dalam blog atau website anda ok.



PC Games The Witcher 2: Assassins of Kings ( Klik Review dari Youtube)

Ok kali ini nak share sikit pengalaman bermain pc game terbaru keluaran dah semestinya tahun 2011 kan… ok tajuk pc games ini ialah  The Witcher 2: Assassins of Kings (Klik Review dari Youtube)

Aku baru selesai memuat turun  game ni secara free.. hehe maklumlah dah ada yang percuma tak akan kita nak beli pulak ye x??? tpi kalau boleh dan ada duit belilah yang original kt kedai games .. support developer games ni ok… ..baiklah berbalik pada experience masa bermain games ni… apa yang boleh aku katakan memang menarik..graphic best.. jalan cerita pun ok… memang best lah buat yang hardcore games jenis rpg ni….

Tapi kelemahan yang aku dapat kesan bagi aku la… berkaitan dengan kawalan games ni… agak kurang cikit.. dan juga keperluan graphic pun sangat tinggi.. kalau pc korang ala2 zaman jepun punya… batalkan lah niat nak main games ni ye..hehe… tapi kalau system pc korang yang paling terkini… nasihat aku beli game ini dan main lah sepuas-puasnya ok. Tapi apa-apa pun aku lebih suka main the witcher 1 .. smooth dan kawalan permainan pun best…

Nantikan review pc games yang lain lagi ok… aku bagi bintang kt games ni dalam 8 star dari 10 star. hehe

So kat bawah ni ada sikit screenshot untuk korang survey sebelum berniat nak main…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


P/s: Pilih game yang terbaik dan sesuai dengan keperluan system PC korang sebelum membeli nya……

Review By RazexBlog.WordPress.Com


Tips untuk menarik pengunjung ( Visitor ) ke Blog & Website

Tips untuk menarik pengunjung ( Visitor ) ke Blog & Website Cuba bayangkan jika dalam sehari terdapat lebih 100 pengunjung dalam sehari??? Dan setiap pengunjung memberikan komen pada setiap artikel yang kita postkan… dah tentu korang semua gembira dan lebih bersemangat untuk mengepost pelbagai lagi tips-tips atau artikel ciptaan anda sendiri dengan lebih kerap bukan? Oleh itu kita bongkar rahsia bagaimana mahu menjadikan blog atau website korang menjadi pujaan ramai…

 

1. Rajinkan diri dalam menulis pelbagai artikel menarik serta bermanfaat kepada orang lain. Pastikan artikel yang di tulis menjadi kesukaan pengunjung, sebagai contoh mungkin pengunjung tersebut amat meminati programming atau pun lebih minat kepada artikel berkonsepkan tutorial. Jadi kita sebagai pengusaha perlu tahu minat pengunjung terhadap sesuatu artikel .

 

2. Daftarkan blog atau website korang ke meta google search, yahoo, bing, alexa dan pelbagai lagi mesin pencari yang ada di dalam internet. Jadi tunggu apa lagi??? Daftar segera ke enjin carian dan masukkan alamat blog atau website anda dengan segera supaya pencari masuk ke blog atau website anda dan mula mendatangkan hasil.

 

3. Pastikan tag search anda menjadi banyak, sebagai contoh – “ TUTORIAL PHP PROGRAMMING” , apabila pencari memasukkan keyword tutorial , lalu dalam enjin carian google contohnya akan memaparkan senarai blog atau website yang mengeluarkan artikel tutorial , php atau programming. Jadi jika ada 100 pencari yang sama, maka blog anda akan di banjiri oleh 100 pengunjun dalam satu hari. WOW!!! Dah tentu anda senyum meleret sampai ke telinga bukan?

 

4. Jadikan rakan-rakan blog atau forum yang anda selalu kunjungi sebagai orang tengah dalam memperkenalkan blog atau website anda . Jadi jika sebelum ini anda dengan rakan anda belum pernah menukar link website masing-masing, mulai sekarang rapat-rapatkan diri korang dan minta link website masing-masing ok!.

 

5. Membantu orang lain akan memberikan hasil pulangan yang baik kepada kita?? Betul ker?.. dah tentu… jadi bantu pengunjung yang datang ke dalam website atau blog anda dengan hati terbuka.. Selalu luangkan masa dalam melayan setiap komen yang diberikan..kerana setiap komen merupakan senjata utama dalam menaikkan blog anda, dan dapat membantu pengunjung yang mahu meminta penyelesaian kepada sesuatu masalah.! Jadi bantu lah mereka walaupun kita tidak dapat apa2 pulangan tetapi blog kita akan sentiasa di kenali ramai.

 

Ada banyak lagi cara-cara untuk meningkatkan blog anda, tetapi biar sedikit usaha kita dahulu , kemudian rajin-rajinkan usahakan sehingga blog atau website kita di banjiri 100 pengunjung dalam sehari!!!.. 1xhari = 100 , 30xhari = ?????? .. dh tentu kalau anda menjual barang secara online , pulangan anda akan berlipat kali ganda!!.. AYuh Usahakannya dari sekarang.

 

Tips ini ditulis oleh – RazexBlogWordPressCom

Sebarang copy paste dibenarkan jika terdapat *Credit* pada blog & website.

ps: Sasaran blog ini masih belum mencapai tahap macam tips di atas tetapi akan di usahakan mengikut tips di atas dan  artikel di atas di tujukan khas buat blog ini dan pembaca..


Hye! APa kabar semua… ok artikel kali ini ingin mengajar  bagaimana mahu mengirim sms mengikut masa dan tarikh yang kita tetapkan. Kurang jelas dan tak faham???

ok begini.. katakan kita kita nak mengirim sms tersebut pada jam 12.00 dan tarikh nya hari ini 30/5/2011.

Ok baiklah.. apa yang kita perlu kita gunakan ialah  database yang telah tersedia di dalam gammu iaitu pada table OUTBOX. Dan kita ambil field , dalam format timestamp.  jadi apa yang perlu kita lakukan ialah hanya set field dengan format seperti berikut : 0000-00-00 00:00:00     yang bermaksud 0000 = tahun, 00=bulan, 00= hari . Manakala 00=jam,00=minit , 00 =saat  .. jadi dalam bentuk php pengiriman dia akan jadi begini :


$nohp = "+60123456789";
$pesanan = "Test mengirim sms mengikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan";
$tarikhmasa = "2011-05-30 12:00:00";

$query = "INSERT INTO outbox (DestinationNumber, TextDecoded, CreatorID,SendingDateTime ) VALUES ('$nohp', '$pesanan', 'Gammu','$tarikhmasa')";

mysql_query($query);


Jadi hasil query tersebut akan di hantar ke dalam database gammu dalam table OUTBOX dengan sendingdatetime seperti format di atas.

Sekian saja tutorial gammu kali ini sebarang pertanyaan boleh melalui komen di bawah.




Credit to uploader and the maker amebinotasi 😉

So perisan team wiever ni boleh di gunakan untuk remote pc korang dari jauh.. katakan korang tinggal kat perak .. pastu korang kena wat keja luar perak..kebetulan barang tertinggal dalam komputer .. so nak ambik balik mmg jauh.. jadi caranya gunalah team wiever untuk kesenangan anda serta untuk anda tidak di pecat kerana terlupa membawa pen drive semasa meeting… hahaha… tpi pastikan PC kt rumah sentiasa ON la… letak cooler bnyk2 sikit spya x meletop pulak pc korang tu dan juga boleh bantu kawan2 yang tgh frust di sebabkan PC beliau menjadi gila akibat serangan virus2 nato …;-) link untuk download

http://www.mediafire.com/?yqzyt1d9ycy1q6z

credit to movieshacky;-)


ok. kali ni aku nak ajarkan bagaimana nk buat batch file untuk menjalankan beberapa aplikasi tanpa memerlukan kita membuka start – all programs… yang kita perlu buat hanya sebuah command dalam bentuk batch file… untuk keterangan lanjut leh ke link ini – http://www.bat-to-exe.com/batchcommands

Ok sekarang ni bukak notepad korang pastu pastekan semua kod yang aku letak kan ni…


------------START--------------------
echo off
cls
REM — ubah warna
color f
REM — ubah tajuk korang
mode 33,18
title Menu oleh RzxBlogWordPress

:CONFIRM
DATE /T – memaparkan tarikh
echo ________________________________
echo Sila pilih pilihan anda
echo ——————————–

echo 1. Control Panel
echo 2. Mozilla Firefox Browser
echo 3. Shutdown
echo 4. Delete Text

set/p “pilih=Sila tekan nombor pilihan anda untuk memulakan aturcara >”
if %pilih%== 1 goto control panel
if %pilih%== 2 goto Mozilla Firefox Browser
if %pilih%== 3 goto Shutdown
if %pilih%== 4 goto Delete Text
echo Invalid choice.
goto CONFIRM

:control panel
cls
@echo off
REM — Running Applications —
start “” “C:\WINDOWS\system32\CONTROL.EXE”
goto end

:Mozilla Firefox Browser
cls
@echo off
REM — Running Applications —
start “” “C:\Program Files\Mozilla Firefox\firefox.exe”
goto end

:Shutdown
cls
@echo off
REM — Running Applications —
start “” “C:\WINDOWS\system32\SHUTDOWN.EXE”
goto end

:Delete Text
cls
@echo off
REM — Running Applications —
DEL /P C:\Users\razerx\Desktop\del.TXT
goto end
————–END————————-


setelah itu save as kan notepad korang tu ke nama – menuku.bat di desktop korang.. nak save kat mana pn boleh tapi kena ingatlah..kalau x sampai tua pn x jumpa agaknya..haha…


p/s : pada bahagian ini

:Delete Text
cls
@echo off
REM — Running Applications —
DEL /P C:\Users\razerx\Desktop\del.TXT          << tukarkan C:\ mengikut di mana fail .TXT korang berada.. tu je.kalau xnak delete je bahagian ni… ok
goto end


ok tu je tutorial wat kali ni…. so pelajari dan praktikal kan..holaa…



         Suatu hari, handphone anda mengeluarkan nada dangdut menandakan ada  SMS masuk. Setelah melihat SMS tersebut, ada pesanan “Datang beramai-ramai ke penghabisan stok produk keluaran kami dengan harga durian runtuh!!!”. Ya, itulah salah satu SMS notifikasi yang dihantar oleh  pemilik  kedai  kepada bekas pembelinya sebagai tanda bahawa ada promosi jualan runtuh sedang berlaku. Pelanggan berasa teruja lalu hadir ke promisi jualan runtuh tersebut dan membeli semua barang di kedai itu sampai habis.!!! Dia fikir pemilik kedai tersebu begitu mengambil berat terhadap bekas pelanggan lalu  mengirimnya SMS, padahal hal itu  dilakukan  secara automatik  oleh sebuah aplikasi yang di panggil SMS Gateway. Anda mesti tertarik untuk membuat servis demikian rupa bukan??? Jom kita bahas dengan lebih lanjut melalui artikel di bawah ini.

          Kes diatas menandakan bentuk baru cara mempromosikan produk-produk pada bekas pelangganya.Walaupun ianya bukan lah sesuatu yang istimewa , tetapi  melalui  SMS tersebut pelanggan berasa begitu dihargai dan meninggalkan kesan yang kuat di hati, setidaknya inilah salah satu usaha untuk meningkatkan “kemesraan” dengan bekas pelanggan kita.

          Membangun aplikasi SMS Gateway tidak memerlukan modal yang besar. Yang penting anda mempunyai  PC beserta HP dan kabel data untuk menyambung HP ke PC anda.Oleh itu saya memperkenalkan aplikasi percuma yang boleh di muat turun dari laman web http://wammu.eu/download/ iaitu aplikasi gammu. Gammu ini sangat mudah di gunakan terutamanya melibatkan bahasa pengaturcaraan sseperti PHP, Visual Basic, dan banyak lagi bahasa pengaturcaraan yang sesuai.. Dan yang paling bagus, database gammu telah tersedia ada, dan cuma kita perlu menggunakan database gammu tersebut mengikut cita rasa hati korang.

Kelebihan Gammu dari tool sms gateway lainnya adalah :
1. Gammu boleh di jalankan di Windows ataupun Linux
2. Banyak peranti yang disokong oleh gammu
3. Gammu menggunakan database MySql
4.  kabel data USB ataupun  SERIAL, semuanya disokong oleh Gammu.

Ok. Tulis panjang-panjang pun korang baca lompat2 juga kan… hehe so kita teruskan bagaimana untuk setup gammu dan konfigurasi gammu supaya ianya boleh berfungsi sehingga anda terpegun dengan hasilnya!!!…

Langkahnya seperti berikut .

– download gammu di http://wammu.eu/download/ dan pilih windows binary – zip supaya kita dapat extract ke bahagian sistem yang kita mahu intergratekan nya.

-kemudian buka folder gammu itu dan cari dua fail ini SMSDRC dan juga GAMMURC.

– buka fail GAMMURC itu dengan wordpad  kemudian delete semua text di dalam nya  dan pastekan text ini :

[gammu]
port= xxxx:      – periksa port com korang di device manager dan tgk pada PORT COM & LPT
connection= xx xxxxxxx

korang boleh menambah berapa2 lagi device dengan menukar [gammu] kepada [gammu1].

seterusnya edit pulak di fail SMSDRC dengan text berikut:

[gammu]
port = xxxx:
connection = xx xxxxxx
[smsd]
service = mysql
pin =     << letak no pin HP korang kalau ada laa.. kalau tkde biarkan kosong.
logfile = smsdlog
commtimeout = 10
sendtimeout = 10
deliveryreport = yes
deliveryreportdelay = 10
user = root   << letak nama user database sistem korang.
pass =
pc = localhost    << letak nama server sistem korang.
database =   << letak nama database sistem korang.

setelah selesai edit dua-dua fail ini… korang try cek sambungan antara HP dan Gammu itu. Cara secara manual melalui command prompt :

buka command prompt dan pergi ke bahagian dalam folder gammu contohnya:

c:\\mydocument\gammu

lepas tu taip gammu –identify

jika command prompt mengeluarkan senarai type HP anda berserta no imei HP bermakna HP dan GAMMu telah berjaya di sambung..

dan untuk menghidupkan servis MYSQL pulak korang taip je gammu-smsd -s -c smsdrc  ,so dh siap…

Aku bagi list command bagaimana nak hidupkan services,uninstall service ,start,stop dan cek sambungan kt bwh ni :

  1.  periksa sambungan             =    gammu -s 0 -c gammurc identify
  2.  install servis gammu           =    gammu-smsd -i -c smsdrc
  3.  uninstallservis   gammu     =    gammu-smsd -u -c smsdrc
  4.  start servis gammu              =    gammu-smsd -s-c smsdrc
  5.  stop servis gammu               =    gammu-smsd -k -c smsdrc

so pandai2 lah gunakan command di atas melalui PHP ok… gunakan command passthru(“”); atau commmand system(“”); untuk menjalankan perintah gammu itu melalui command prompt.

Setakat ini itu saja cara-cara nak konfigurasi secara manual jadi kalau ada apa2 soalan boleh send komen di bawah ataupun leh email je kt aku melalui razerxahmad@ymail.com .. kalau artikel di atas bernilai untuk anda klik pada vote..tengkiuu….holaaa 1 malaysiaaa and 1 world!!!;-)


thalia-marimar

Posted: May 30, 2011 in Video / Music