SMS Gateway Menggunakan Gammu – Konfigurasi

Posted: May 30, 2011 in Sms Gateway (Gammu)

         Suatu hari, handphone anda mengeluarkan nada dangdut menandakan ada  SMS masuk. Setelah melihat SMS tersebut, ada pesanan “Datang beramai-ramai ke penghabisan stok produk keluaran kami dengan harga durian runtuh!!!”. Ya, itulah salah satu SMS notifikasi yang dihantar oleh  pemilik  kedai  kepada bekas pembelinya sebagai tanda bahawa ada promosi jualan runtuh sedang berlaku. Pelanggan berasa teruja lalu hadir ke promisi jualan runtuh tersebut dan membeli semua barang di kedai itu sampai habis.!!! Dia fikir pemilik kedai tersebu begitu mengambil berat terhadap bekas pelanggan lalu  mengirimnya SMS, padahal hal itu  dilakukan  secara automatik  oleh sebuah aplikasi yang di panggil SMS Gateway. Anda mesti tertarik untuk membuat servis demikian rupa bukan??? Jom kita bahas dengan lebih lanjut melalui artikel di bawah ini.

          Kes diatas menandakan bentuk baru cara mempromosikan produk-produk pada bekas pelangganya.Walaupun ianya bukan lah sesuatu yang istimewa , tetapi  melalui  SMS tersebut pelanggan berasa begitu dihargai dan meninggalkan kesan yang kuat di hati, setidaknya inilah salah satu usaha untuk meningkatkan “kemesraan” dengan bekas pelanggan kita.

          Membangun aplikasi SMS Gateway tidak memerlukan modal yang besar. Yang penting anda mempunyai  PC beserta HP dan kabel data untuk menyambung HP ke PC anda.Oleh itu saya memperkenalkan aplikasi percuma yang boleh di muat turun dari laman web http://wammu.eu/download/ iaitu aplikasi gammu. Gammu ini sangat mudah di gunakan terutamanya melibatkan bahasa pengaturcaraan sseperti PHP, Visual Basic, dan banyak lagi bahasa pengaturcaraan yang sesuai.. Dan yang paling bagus, database gammu telah tersedia ada, dan cuma kita perlu menggunakan database gammu tersebut mengikut cita rasa hati korang.

Kelebihan Gammu dari tool sms gateway lainnya adalah :
1. Gammu boleh di jalankan di Windows ataupun Linux
2. Banyak peranti yang disokong oleh gammu
3. Gammu menggunakan database MySql
4.  kabel data USB ataupun  SERIAL, semuanya disokong oleh Gammu.

Ok. Tulis panjang-panjang pun korang baca lompat2 juga kan… hehe so kita teruskan bagaimana untuk setup gammu dan konfigurasi gammu supaya ianya boleh berfungsi sehingga anda terpegun dengan hasilnya!!!…

Langkahnya seperti berikut .

– download gammu di http://wammu.eu/download/ dan pilih windows binary – zip supaya kita dapat extract ke bahagian sistem yang kita mahu intergratekan nya.

-kemudian buka folder gammu itu dan cari dua fail ini SMSDRC dan juga GAMMURC.

– buka fail GAMMURC itu dengan wordpad  kemudian delete semua text di dalam nya  dan pastekan text ini :

[gammu]
port= xxxx:      – periksa port com korang di device manager dan tgk pada PORT COM & LPT
connection= xx xxxxxxx

korang boleh menambah berapa2 lagi device dengan menukar [gammu] kepada [gammu1].

seterusnya edit pulak di fail SMSDRC dengan text berikut:

[gammu]
port = xxxx:
connection = xx xxxxxx
[smsd]
service = mysql
pin =     << letak no pin HP korang kalau ada laa.. kalau tkde biarkan kosong.
logfile = smsdlog
commtimeout = 10
sendtimeout = 10
deliveryreport = yes
deliveryreportdelay = 10
user = root   << letak nama user database sistem korang.
pass =
pc = localhost    << letak nama server sistem korang.
database =   << letak nama database sistem korang.

setelah selesai edit dua-dua fail ini… korang try cek sambungan antara HP dan Gammu itu. Cara secara manual melalui command prompt :

buka command prompt dan pergi ke bahagian dalam folder gammu contohnya:

c:\\mydocument\gammu

lepas tu taip gammu –identify

jika command prompt mengeluarkan senarai type HP anda berserta no imei HP bermakna HP dan GAMMu telah berjaya di sambung..

dan untuk menghidupkan servis MYSQL pulak korang taip je gammu-smsd -s -c smsdrc  ,so dh siap…

Aku bagi list command bagaimana nak hidupkan services,uninstall service ,start,stop dan cek sambungan kt bwh ni :

  1.  periksa sambungan             =    gammu -s 0 -c gammurc identify
  2.  install servis gammu           =    gammu-smsd -i -c smsdrc
  3.  uninstallservis   gammu     =    gammu-smsd -u -c smsdrc
  4.  start servis gammu              =    gammu-smsd -s-c smsdrc
  5.  stop servis gammu               =    gammu-smsd -k -c smsdrc

so pandai2 lah gunakan command di atas melalui PHP ok… gunakan command passthru(“”); atau commmand system(“”); untuk menjalankan perintah gammu itu melalui command prompt.

Setakat ini itu saja cara-cara nak konfigurasi secara manual jadi kalau ada apa2 soalan boleh send komen di bawah ataupun leh email je kt aku melalui razerxahmad@ymail.com .. kalau artikel di atas bernilai untuk anda klik pada vote..tengkiuu….holaaa 1 malaysiaaa and 1 world!!!;-)

Advertisements
Comments
  1. razexblog says:

    perlukan bantuan konfigurasi leh komen je di sini..tq 😉

  2. Ahmad Khusairi says:

    owh…aku minat nk belajaw wat sms gateway niee .. nice artikel..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s